Penerbitan Untukmu (album Feminin)

Ketika album ini dihasilkan, Feminin dianggotai oleh lima ahli iaitu As selaku vokal utama, Along sebagai vokal kedua serta Deq Nor, Yatie dan Watie sebagai vokal harmoni. Namun begitu, selepas setahun bersama, dengan alasan peribadi Along telah menarik diri yang meninggalkan Feminin berempat untuk meneruskan karier mereka.

Muzik di dalam album ini lebih kepada muzik hip hop old school. Terdapat 10 buah lagu didalam album ini termasuk sebuah lagu yang telah menimbulkan kontroversi iaitu "Rentak Disco 1, 2, 3" dikatakan adalah lagu ciplak dari sebuah lagu dari sebuah kumpulan Barat, Twilight Zone. Di dalam album ini juga terdapat sebuah lagu yang mengingatkan semua untuk membantu masyarakat Islam di Bosnia, "Syurga Di Dunia".